Al Quran- Bacaan

Friday, December 28, 2012

IKHLAS  HANYA ALLAH YANG BERHAK MENENTUKAN KEBENARANYA
Setiap hari kita sema ada disedari atau tidak disedari, kita telah berikrar dan berjanji untuk memulakan kehidupan kita diatas muka bumi Allah ini dengan penuh keikhlasan, jadi sepatutnya keikhlasan bukan lagi menjadi isu dalam kehidupan seorang  yang berugama Islam.
 Cuma kebanyak masyarakat kita hari banyak yang menjadi burung yang pandai berkata-kata tetapi tidak memahami nilai dan akibat setiap kata-kata yang diucapkan.
Kita setiap hari telah mengucapkan janji , bahawa kita akan ikhlas hanya kepada, kerana dan untuk Allah semata-mata. Apa yang diucapkan adalah janji kita dihadapan Allah setiap hari sebanyak 5 kali iaitu kalimah yang terdapat dalam doa Iftitah .
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam”  - merupakan janji kita dengan Allah bahawa  kita akan ikhlas hingga ke hujung nyawa atau kehidupan kita.

Kita juga sebenarnya telah diajar apa yang dimaksudkan  dengan ikhlas dan  bagaiman untuk ikhlas. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita lebih memahami maksud setiap bacaan dalam sembahyang.
Kita telah  berjanji sewaktu menghadapkan muka  kita kepada zat yang mencipta langit dan bumi. Bahawa kita sebenarnya bersungguh-sungguh  berjanji kita adalah hamba Allah yang ikhlas dalam:-
1.      Sesungguhnya sembahyangku hanya untuk Allah semesta alam”
2.      Sesungguhnya ibadatku hanya untuk Allah semesta alam”
3.      Sesungguhnya hidupku hanya untuk Allah semesta alam”
4.      Sesungguhnya matiku hanya untuk Allah semesta alam
Kalimat diatas dengan jelas telah menjadikan setiap orang yang membaca doa Iftitah semasa menunaikan solat adalah orang yang benar-benar ikhlas.  
Apakah kita masih sanggup melakukan sesuatu bukan hanya untuk Allah. Jika “YA” bermaksud kita adalah tergolongan dalam golangan yang telah memungkiri janji.
Sila semak didalam Al Quran  dan Hadis tentang orang yang mungkir janji, yang jelas orang itu adalah  munafik jika mungkir janji.
Satu cara yang mudah untuk mengenal pasti tahap keikhlasan adalah apabila keiklasan itu dinyatakan kepada selain Allah, sama ada melalui perkataan atau tulisan, sama ada ianya suatu kenyataan atau permintaan selagi tidak “hanya untuk Allah” adalah tidak ikhlas.
Selain itu kita juga perlu tahu secara ringkas sebab amalan kita ditolak Allah hanya dengan  sifat keji dalam amal perbuatan walau sebesar zarah/atom sekalipun. Iaitu 7 sifat keji itu adalah :-
1.       Takabur :-Takabbur pula asal perkataannya adalah kabir yang membawa maksud besar, maka takabbur adalah satu perasaan besar dan megah pada diri.

2.       Ria :- Ria Berasal dari perkataan ru’yah yang membawa maksud lihat, maka riya’ adalah satu perasaan ingin memperlihatkan amal kita.

3.       Ujub:- Ujub pula berasal dari perkataan ‘ajaba, yakni boleh membawa maksud ajaib atau rasa terkejut, maka ‘ujub bermaksud perasaan ajaib terhadap perbuatan diri sendiri.

4.       Sumaah:- Suma’ah pula adalah sifat suka dipuji. Akan lebih banyak membuat kebajikan sekiranya dipuji orang dan tidak berminat sekiranya tidak dipuji. Mungkin akan meniggalkan sesuau kebajikan sekiranya di keji.

5.       Hasad:- Syaikh Ibnu Utsaimin rohimahulloh berkata : “Sudah diketahui bersama, bahawa orang yang sekadar benci dia akan berangan-angan hilangnya nikmat orang yang dia dengki. Walhasil, sekadar engkau membenci kenikmatan Allah yang diberikan pada seseorang, maka engkau orang yang hasad.”
6.       Dengki:- Rasa sakit dan kerisauan hati yang tak putus-putus, apabila melihat orang lain mendapat kelebihan atau nikmat. Dia akan lebih sakit hati akibat dengki apabila orang lain mendapat pelbagai kelebih atau nikmat dari Allah. Ini tidak akan berakhir hingga nikmat tersebut hilang dari orang yang didengki, bahkan terkadang belum terobati juga rasa dengki itu sebelum orang yang didengki tertimpa banyak kerugian.

7.       Suka menganiaya:- Merasa bahagia, gembira dan puas diatas kesusahan dan kesensaraan orang lain secara berterusan.
Berhati-hatilah dengan 7 perkara diatas, ianya saling berhubungkait antara satu dengan lain.

*Semuga kita bukan golongan yang pandai mengucapkan perkataan "ikhlas" tetapi lebih kepada untuk mendapatkan sesuatu dari orang lain demi kepetingan diri sendiri. 

Contohnya bila berkata:- "Aku nak keikhlasan  kau sebab bantu aku." atau "Aku bantu kau dengan ikhlas ni." 

Untuk lebih faham, Contohnya bila berkata:- "Aku ni sebenarnya seorang yang sangat bijak dan cerdik." Adakah ini bekmaksud "Aku" sebenarnya   bijak dan cerdik. Sudah tentu orang yang mendengar menggangap orang yang berkata itu merupakan orang yang kurang akal atau dengu. Kayu ukur kecerdikan dan kebijaksanaan bukan ditentukan oleh diri sendiri. 

Begitu juga dengan ikhlas, ianya  hak  Allah. Hanya Allah yang layak menentukan kebenaran sesuatu keikhlasan yang dilakukan.   

Tambahan
dari blog diatas
Ikhlas

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.

Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.


Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas.
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.
Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)