Al Quran- Bacaan

Thursday, November 22, 2012

Orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah

http://mofabaha.blogspot.com/2012/06/hati-lebih-tenang-jika-berjaya-tahan.html




SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.



Sebaliknya Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).



Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.



*Pengajaran:- Marah akan melemahkan negara, organisasi dan individu serta menjadi sehina-hinanya, sebaliknya kita akan hebat dan kuat bila boleh mengawal kemarahan- rujuk hadis diatas.

*Orang tak marah maknanya kuat, sebaliknya orang yang marah maknanya lemah dan melemahkan diri sendiri dan orang lain.

*Hadis - seyuman adalah sedekah dan dapat pahala, sebaliknya muka yang masam adalah lawan kepada sedekah iaitu umpama  pengemis  miskin sering meminta-minta, tetapi bukan wang atau harta. Ianya  adalah lebih mengharapkan  sanjungan ada pujian daripada mahluk, lebih daripada  mengharapkan sanjunga dan reda Allah.



1. Jepun menyerang Malaya dengan mudah kerana rakyat marah kepada penjajahan British

2. Kerajaan Melayu Melaka yang hebat hancur akibat kepada marah kepada sultan yang ……………



Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup.

Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.



Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu!



Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.



Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?



Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?



Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Misteri Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka...!!



http://pejuangbangsa31.blogspot.com/2012/08/mesti-baca-misteri-kejatuhan-kesultanan.html





No comments: